Thursday, July 22, 2010

HARI GERKO DAN KEUSAHAWANAN SKLYP 2010

COGAN KATA SEKOLAH : BERUSAHA BERJAYA

Sekolah ini berusaha membentuk insane yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Justeru itu berteraskan Falsafah Pendidikan Negara ini maka terciptalah cogan kata sekolah ini yang berbunyi “BERUSAHA BERJAYA”.



Berusaha dan Berjaya membawa maksud semua pihak di sekolah ini termasuk guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sentiasa berganding bahu dan berusaha untuk mencapai kejayaan, walaupun terpaksa mengharungi rintangan dan berbagai halangan.



Oleh yang demikian, sesuatu kejayaan tidak akan tercapai sekiranya tiada usaha yang gigih dan berterusan. Segala usaha tetap dilakukan dalam smeua bidang bagi meningkatkan prestasi sekolah ini. Semua guru dan murid akan sentiasa berusaha sedaya upaya agar kejayaan dapat dicapai dengan berteraskan matlamat wawasan pendidikan negara, insan yang kreatif dan ikram (dihormati). Justeru itu tercapailah impian negara untuk melahirkan masyarakat ke arah wawasan 2020.

SELAMAT HARI GURU